Advertisement

Responsive Advertisement

ATM bersiap sedia hadapi kapal pengganas Flipina


KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan pergolakan di Selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM  telah menambah kekuatan anggota khususnya di pantai Timur Sabah bagi memudahkan tugas pemantauan sempadan.

Beliau berkata anggota tentera yang ditambah diletakkan dibawa Pusat Kawalan Operasi Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah  (Esscom).

“Saya telah mengarahkan panglima tentera darat,laut dan udara  mengetatkan rondaan dan kawalan keselamatan terutama melibatkan kapal atau bot kecil yang memasuki perairan negara,” katanya pada  wawancara khas  bersama  media di Wisma Kementerian pertahanan  sempena Hari Ulang Tahun ATM ke-80, 16 September ini.

enurutnya,  setakat ini tiada sebarang cubaan menceroboh perairan negara sejak pertempuran di Basilan dan Zamboaga City bermula Ahad lalu.

Anggota yang bertugas akan beri amaran kepada bot atau kapal asing yang mencurigakan, jika mereka tidak  beri kerjasama tindakan  tegas termasuk menahannya akan diambil.Ini kerana kita hendak tahu tujuan mereka masuk ,” katanya.

Katanya, ATM akan bekerjasama dengan Tentera Filipina bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung pertempuran yang berlaku dari masa ke semasa, selain mengerakkan pasukan Ops Pasir  di pulau-pulau di Sabah.

“Kita tidak akan biarkan mereka (pengganas) melarikan diri menerusi perairan negara ini.

"Jika dapat dikesan kita akan hantar bot-bot  tentera untuk sekat pemantauan yang dilakukan secara eletronik," katanya.

Pada Ahad lalu, pertempuran antara pengikut Barisan Pembesan Kebangsaan Moro (MNLF) dan tetntera Filipina di Zamboaga City tercetus selepas MLNF merancang memasuki bandar raya itu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.