Advertisement

Responsive Advertisement

Mesir - Lanjut darurat 2 bulan


KAHERAH - MESIR. Presiden sementara Mesir Adly Mansour melanjutkan tempoh darurat kepada dua bulan lagi susulan keganasan berterusan di Kaherah.

Sebelum ini, arahan darurat  tamat pada Ogos lalu namun ia dilanjutkan berikutan ribuan rakyat Mesir dan penyokong Presiden digulingkan Mohamed Mursi masih meneruskan perarakan di jalan-jalan utama sekitar bandar bagi mendesak pembebasan pemimpin itu sekali gus mengutuk rampasan kuasa tentera.

“Tempoh darurat dilanjutkan dua bulan. Kami beri amaran, tentera dan polis tidak berkompromi dengan mana-mana individu melanggar perintah ini,” katanya menerusi stesen televisyen tempatan Press TV.

Sementara itu, selepas solat Jumaat semalam, ribuan rakyat Mesir menyertai perarakan mega di Madinah Sidi Salim, Wilayah Kafr Asy Syeikh dan Syubra Al Kheymah serta di hadapan masjid Al Fath, Zagazig.

Perarakan sama turut dilakukan di hadapan Masjid Al Hamd, Tajammu’ sebelum menuju ke Masjid Salam, Madinah Nasr bagi menuntut kerajaan sementara membebaskan tahanan serta mengencam kemerosotan ekonomi dan penutupan masjid sekitar Kaherah.