Advertisement

Responsive Advertisement

Derita Palestin dirasai seluruh dunia

logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
SHAH ALAM - Kehadiran pemimpin Hamas, Khaled Meshaal ke bandar Gaza seakan memberi sinar dan harapan untuk bumi itu terus bernafas lega.
Air mata penduduk Palestin begitu mengharapkan supaya tanah tumpah darah mereka terhenti daripada serangan dan bebas daripada cengkaman Israel.
Derita Palestin bukan hanya ditanggung mereka, ia turut dirasai warga dunia. Pelbagai bantuan diterima menunjukkan rakyat Palestin tidak pernah dipinggirkan.
Terkini, seramai 120 sukarelawan Aman Palestin Malaysia terdiri daripada pelbagai kelompok masyarakat selamat tiba di Gaza, kelmarin. Kehadiran mereka adalah sebagai pemberi semangat kepada penduduk di sana khususnya kaum wanita dan kanak-kanak supaya sentiasa tabah.
Apa usaha kita untuk membantu warga Palestin?
Melalui Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian sumbangan kita insya-ALLAH dapat mengurangkan kesengsaraan mereka di sana. Setakat ini, jumlah kutipan terkumpul ialah RM121,359.73.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf yang tertera atau menghubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain menerusi 03-51013820.
Moga apa yang kita hulur dapat mengubat luka di tubuh dan hati warga Palestin yang menderita akibat kezaliman Israel.