"Ini macam perlawanan akhir. Perlawanan itu sukar kerana Kitchee bermain dengan baik pada musim lepas. Mereka menang Piala FA (Hong Kong). Mereka juga ada semua pemain tonggak. Saya rasa peluang menang ialah 55-45," katanya pada sidang media menjelang perlawanan, di sini hari ini.
Pasukan yang menang akan mara ke peringkat suku akhir, Disember ini.
Kelantan yang mengungguli Kumpulan G akan menentang Kitchee yang berada di tangga kedua Kumpulan E, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Sementara itu ketua jurulatih Kitchee, Josep Gombaubalague yakin anak buahnya akan menang perlawanan tersebut kerana skuadnya berada pada tahap terbaik selain dibarisi ramai pemain kebangsaan.
"Kami datang ke sini tanpa rasa tertekan untuk menang. Pasukan kami bertambah baik dan kami telah membina corak permainan kami sendiri," katanya.- Bernama