Advertisement

Responsive Advertisement

Belang Rimau Muda


MENEPATI ramalan, mengutip mata penuh memberi bayangan inilah yang dimahukan peminat setia bola sepak tempatan.

Samada lawan yang hadir untuk beraksi sekadar memenuhi undangan atau sebaliknya dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka Edisi 41, itu bukan perkara asas kerana yang penting corak permainan mantap dari segi hantaran dan kawalan bola dipamerkan
Harimau Malaya A tidak perlu diragui.

Menang tipis 1-0 ketika aksi pembukaan menentang Singapura, anak didik Ong Kim Swee dikejutkan gol pendahuluan oleh Myanmar dalam aksi kedua sebelum bangkit meledak dua gol pada separuh masa kedua.

Sah beraksi dipentas akhir esok, ngauman Harimau Muda A tidak terhenti apabila Thailand pula mangsa kecemerlangan barisan kedua Kim Swee dengan ledakan tiga gol.

SEMPURNA SEMUA

Kehadiran beberapa pemain utama skuad abang yang mendapat pelepasan dari Datuk K Rajagobal memberi bayangan kesungguhan Kim Swee memastikan kejohanan ini memberi makna sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea, Disember nanti di Myanmar.

Fadli Shas, Wan Zack Haikal, Nik Shahrul Azim, Junior Eldstal, Zubir Azmi dan Nazmi Faiz Mansor antara pemain berpengalaman yang digandingkan bersama Irfan Fazail, A Tamil Arasu, D Saarvindran mempamerkan rentak permainan menarik.

Tamil Arashu meletakkan selaku penjaring gol pertama kejohanan ketika menewaskan Singapura, sebelum Irfan dan Wan Zac Haikal dalam aksi kedua sebelum, Nasir Basharuddin serta Rozaimi Abd Rahman menjaringkan dua gol membantu pasukan melangkah ke pentas akhir.

POSISI KEMAS
Benteng Harimau Muda A dilihat kebal dengan Fadli, Zubir dan Nik Shahrul ternyata sukar ditembusi serangan lawan walaupun bolos satu gol ketika bertemu Myanmar.

Junior, Irfan dan Nazmi gandingan yang sememangnya diharapkan penyokong menjadi kenyataan dalam aksi kedua walaupun kurang persefahaman serta komunikasi diantara satu sama lain.

Kesan positifnya, bola banyak dikuasai anak didik Kim Swee yang melancarkan serangan jarak jauh dan juga hantaran pendek.

Jentera pemusnah pula perlu diasah terutamanya Tamil Arasu apabila deretan peluang terhidang dalam aksi pembukaan seharusnya meletakkan dirinya selaku penyerang disegani dalam kejohanan ini.

Peluang diberikan jurulatih, dimanfaatkan sepenuhnya Rozaimi apabila meledak dua gol ketika membantu pasukan menewaskan Thailand.

Penjaring terbanyak pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun ini kini memberi bayangan awal bakal merebut kesebelasan utama dalam aksi akhir.

PERLU SESUAI

Bagi Kim Swee, dua gol jaringan Rozaimi membuktikan sentuhannya di depan gawang masih berbisa, tetapi dia hanya menilai pemain dari peratus keseluruhan sumbangannya di atas padang.

“Belum ada pemain yang benar-benar pasti akan mengisi skuad utama Sukan SEA nanti. Setiap orang perlu terus berusaha meningkatkan prestasi mereka sekiranya mahu terpilih.

"Pemain kita bersungguh memburu kemenangan kerana mahu merebut tempat dalam skuad Sukan SEA yang hanya terhad kepada 20 pemain. Sudah tentu saya sukar untuk saya membuat pilihan tetapi saya mahu persaingan sihat ini diteruskan," katanya.


MAIN ANGIN

Sebaik saja sah melangkah ke final Pestabola Merdeka, Myanmar terus bermain psikologi apabila meletakkan tekanan kepada Harimau Muda A yang beraksi di laman sendiri.

“Mereka akan mendapat tekanan kerana beraksi di laman sendiri dan perlu melakukan yang terbaik di depan penonton sendiri. Kami berterima kasih kepada Harimau Mlaya A kerana menewaskan Thailand.

"Kami akan bermain sebaik mungkin pada final nanti kerana dalam bola sepak, kita tidak siapa boleh menduga. Tuan rumah mempunyai pasukan yang memiliki permainan teknikal cukup baik jadi kami akan pastikan semua pemain bersedia dan bersungguh-sungguh di final,” kata pengurus pasukan Myanmar, Myint Aung.

Myanmar menempah tiket sukar ke final selepas menundukkan Singapura 2-0, jaringan Phyo Ko Ko (minit ke-15) dan So Kyaw-Kyaw (m-89) dengan mengharapkan Malaysia menewaskan Thailand dan mara menerusi kelebihan jaringan. Kali terakhir

Myanmar menjuarai Pestabola adalah pada 2006 dengan menewaskan Indonesia 2-1 di final.

TAGIH SOKONGAN

Malam ini, barisan pemain Kim Swee yang diturunkan sudah pasti akan mengerah segala kudrat memastikan kemenangan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Namun ketika 11 pemain beraksi sudah tentu kelibat pemain ke 12 turut ditagih kerana ia memberi semangat kepada rakan yang sedang beraksi di atas padang.

Stadium Darul Makmur laman kita, jangan biarkan ia sepi tanpa sokongan, ayuh Harimau Muda A tunjukkan taringmu...Usah gentar akan lawanmu ..Aum..Aum.. Aum