KOTA BHARU - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas sanggup mengugut membunuh isteri kerana wanita itu enggan rujuk.
Muhammad Abdul Rahim Jaafar, 32, dari Kampung Hutan Banggol, Jalan PCB, bagaimanapun mengaku tidak salah atas tuduhan tersebut.
Dia didakwa mengugut membunuh Siti Zuhrah Arifah Mohamad, 21, dengan mengacukan sebilah gunting dan pisau terhadap wanita itu.
Kejadian berlaku di rumah keluarga mangsa di Lorong Langgar Kampung Tapang Jalan Hospital di sini, pada jam 7.30 pagi, 8 September lalu.
Pada prosiding semalam, Majistret, Nik Habri Muhamad keberatan untuk membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang menjejaskan keselamatan mangsa.
“Kalau kamu sudah tidak mahukan dia, cerai elok-elok. Cerai tidak perlu persetujuan perempuan. Jangan buat perkara yang boleh menyusahkan diri kamu sendiri.
“Kalau kamu bunuh dia, kamu boleh dihukum gantung sampai mati dan tugas saya mengekang sebelum perkara lebih buruk berlaku,” katanya.
Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, namun jaminan itu hanya boleh dibuat oleh isteri tertuduh.
Kes bersambung 27 Oktober depan.