Advertisement

Responsive Advertisement

Filipina lancar serangan udara


ZAMBOANGA - FILIPINA - Tentera Filipina melancarkan serangan udara ke kubu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menamatkan ketegangan di bandar itu, selepas pelan gencatan senjata gagal.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, serangan udara itu dilakukan secara berterusan bagi memberi tekanan kepada MNLF untuk menghentikan serang balas.

“Ini adalah tindakan akhir yang wajar dilakukan sejak lapan hari operasi ketenteraan dilakukan di kawasan itu,” katanya dipetik laporan AFP

Menurutnya, kumpulan bersenjata itu kini dipercayai hanya menawan tujuh tebusan, berbanding lebih 100 sebelum ini dengan kebanyakan mereka berjaya melarikan diri.

Sejak operasi tentera disertai kira-kira 3,000 tentera elit, seramai 51 anggota MNLF terkorban, enam askar, seorang anggota polis dan empat orang awam.