Satu lagi tempat peranginan yang tidak kurang popularnya selain dari Pantai Cahaya Bulan di Kelantan ialah di Pantai Geting, Tumpat.
Pantai Geting ini bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh dan merupakan antara pusat peranginan yang baru dikomersilkan sejak 8 tahun lepas.
Penulis sering berkunjung di pantai ini sekitar tahun 2000, waktu itu pantai ini tidak semeriah seperti yang dilihat pada hari ini.
Dikatakan nama Geting ini berasal dari perkataan Inggeris ‘get in’.
Suasana di waktu petang cuti sekolah yang sangat meriah
Jika anda berkelah di pantai ini, anda dapat disajikan dengan persekitaran yang cantik dan pemandangan yang indah.
Kawasannya juga sangat luas berbanding Pantai Cahaya Bulan. Di sini pengujung boleh bermain layang-layang dengan lebih terbuka.
Segarkan minda dan ceriakan diri di Pantai Geting
Pantai ini juga menjadi venue rasmi Pertandingan Wau Antarabangsa Kelantan.
Wajib singgah jika anda pulang dari membeli belah di Pengkalan Kubor.
Suasana matahari terbenam di Pantai Geting
Penulis lebih meminati Pantai Geting dari Pantai Seri Tujuh kerana Pantai Sri Tujuh agak jauh dengan air pantai dan tidak secantik dahulu.