Advertisement

Responsive Advertisement

Perogol diampun selepas setuju bayar pampasan

BEIJING - CHINA. Tiga daripada lima perogol termasuk anak lelaki jeneral tentera telah menerima pengampunan selepas mereka bersetuju untuk membayar pampasan berjumlah 450,000 yuan (RM 241,943).
Memetik laporan daripada Beijing Evening, ketiga-tiga perogol terbabit telah memohon maaf.

"Mereka telah memohon maaf,” kata peguam yang mewakili mereka.
Pengampunan tersebut menjadi kontroversi di China apabila anak kepada Tentera Pembebasan Umum, Li Shuangjiang iaitu Li Tiangyi 17 tahun merupakan salah seorang perogol tersebut.
Ibunya Meng Ge, adalah seorang penyanyi.

Perjanjian ini juga telah  menimbulkan persoalan sama ada terdapatnya  jurang antara  kaya dan miskin dalam menentukan hukuman bagi penjenayah.

Sementara itu, Meng Ge menegaskan anaknya tidak bersalah dan menafikan defendan telah memohon maaf.
"Anak saya tidak mengaku bersalah. Tiada daripada mereka yang berkata, 'saya bersalah','' kata Meng Ge lagi.
Tetapi peguam, Zhao Yunheng, mengekalkan bahawa anak lelakinya telah menerima tuduhan itu dan mengaku bersalah.

Laporan awal memetik tiga tertuduh telah mengaku merogol gadis itu manakala dua yang lain, termasuk Li Tiangyi, mengaku tidak bersalah.

Media tempatan berkata, tiga daripada mereka telah memeterai perjanjian tersebut sementara dua orang lagi tidak dijelaskan.