Advertisement

Responsive Advertisement

Tentera Laut Mesir menyerang para nelayan Palestin


Kapal tentera laut Mesir telah menyerang para nelayan Palestin yang ingin keluar ke pesisiran pantai Rafah. 5 nelayan ditahan dan 2 lagi ditembak semasa bot mereka dirampas.

Sumber tempatan mengatakan Ibrahim Abdullah An-Najjar, 19 dan rakannya Ismail Wael al-Bardawi, ditembak di bahagian tangan semasa serangan tersebut. Mereka kemudian dibawa ke hospital di Rafah untuk rawatan. Menembak nelayan adalah merupakan taktik tentera laut Israel bagi menyukarkan mereka untuk kembali menangkap ikan.

Berikutan penggulingan Presiden Muhammad Mursi oleh tentera, kerajaan sementara Mesir memberi amaran kepada mana-mana rakyat Palestin yang cuba melintasi sempadan laut Mesir akan ditahan.

Para nelayan meluahkan rasa kecewa yang mendalam terhadap tindakan kerajaan Mesir yang menyerupai tindakan tentera laut Israel.

Jurucakap bagi Menteri Dalam Negeri kerajaan Palestin di Gaza, Ihab Ghussein, menyatakan dia inginkan penjelasan rasmi daripada Mesir berkenaan serangan terhadap nelayan yang tidak bersenjata.

Sumber: middleeastmonitor.com