Advertisement

Responsive Advertisement

Ulama Rusia beri amaran

MOSCOW - RUSIA. Majlis Mufti Rusia memberi amaran kepada pemimpin negara itu supaya menarik semula keputusan berhubung tindakan memusnahkan terjemahan al-Quran dan menghentikan pencetakannya.

Timbalan Ketua Majlis Ulama, Rushan Abbyasov berkata, keengganan berbuat demikian bakal mengundang ketegangan di negara.

“Kami telah menulis surat kepada Presiden Vladimir Putin. Kegagalan beliau bertindak boleh memusnahkan perpaduan penganut lain di negara ini,” katanya.

Kelmarin, media tempatan melaporkan, Mahkamah Tinggi Novorossiysk mengarahkan, tindakan membaca terjemah al-Quran secara meluas diharamkan mengikut undang-undang anti-pelampau.

Peguam penulis teks terjemahan al-Quran, Elmir Kuliyev berkata, rayuan akan dibuat dalam tempoh sebulan.

“Tindakan itu menyaksikan kebodohan ahli Parlimen apabila menerima pandangan kumpulan Gereja Ortodoks sehingga membuat keputusan mengharamkan al-Quran. Selama ini, Rusia mengamalkan kebebasan beragama tetapi satu pihak lagi mengharamkan kitab agama, adakah perkara itu satu keputusan wajar?,” katanya dipetik Reuters.

Menurutnya, sekiranya al-Quran diharamkan maka kitab agama lain juga perlu diharamkan kerana terdapat juga unsur pertumpahan darah dan peperangan.