Advertisement

Responsive Advertisement

Gempur ATM Gempur


JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan menggesa pemain kendaliannya mencari gol awal bagi memadamkan defisit dimiliki Lions X11 menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Selayang, malam ini.

Dalam perlawanan pertama di Jalan Besar, Sabtu lalu, The Gladiators kalah 0-1 hasil jaringan tunggal Madhu Mohana.

"Saya mahu pemain segera cari jaringan penyamaan dahulu sebelum fikirkan nak skor banyak  gol.

"Kita bermain seperti biasa dan mengawal perlawanan, Yang penting, jangan terburu-buru nak menghasilkan gol yang akhirnya boleh memakan diri.

"Lions pasukan cukup merbahaya dan pemain diingatkan jangan leka walaupun sesaat," katanya.

Sathia juga mahu anak didiknya memantapkan jentera pertahanan dan tengah untuk mematahkan setiap percubaan pemain lawan yang memiliki penyudah tepat.

Musim lalu, ATM mara ke final, namun tewas kepada Kelantan menerusi agregat 2-3,  di Stadium Shah Alam.