Advertisement

Responsive Advertisement

Hotel terbakar, 11 terkorban

Hotel terbakar, 11 terkorban
Tetamu berkumpul di luar hotel Regent Plaza selepas bangunan itu terbakar. - Foto AFP
ISLAMABAD - PAKISTAN. Sekurangnya-kurangnya 11 terbunuh dan 75 yang lain cedera dalam satu kebakaran di sebuah hotel empat bintang di Karachi, Pakistan, semalam.

Kebakaran dipercayai tercetus di bahagian dapur hotel Regent Plaza yang terletak di tingkat bawah sebelum ia merebak ke seluruh bangunan dan menyebabkan kebanyakan tetamu terperangkap di bilik mereka.
Menurut ketua perkhidmatan kecemasan di Pusat Perubatan Jinnah, Dr Seemin Jamali, pihaknya telah menerima 11 mayat dan 75 orang yang memerlukan rawatan.

"Enam lelaki termasuk tiga doktor dan pengurus kaunter perkhidmatan hotel serta lima wanita antara yang maut," katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Bomba, Tehseen Siddiqui memberitahu, asap yang terperangkap di dalam bangunan kerana penghawa dingin tidak dimatikan menjadi punca kebanyakan mangsa lemas dan meninggal dunia.

Tiga jentera pasukan bomba dikerah ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan api dapat dikawal tiga jam kemudian, lapor Dawn.