Advertisement

Responsive Advertisement

Cabaran sengit menanti Harimau Malaya


Mat Yo - Harimau Malaya
Mat Yo (kanan) kini berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadapi satu ujian persahabatan menguji pemain menjelang Piala AFF Suzuki 2012, bulan ini.
 
PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha percaya saingan Piala AFF Suzuki 2012 kali ini lebih mencabar berbanding kejohanan dua tahun lalu di Indonesia.

Menurutnya, tiada pasukan boleh dianggap pilihan pada kempen kali ini dan Malaysia harus waspada dalam usaha mempertahankan kejuaraan.

"Pada pemerhatian saya, setiap pasukan yang bertanding kali ini memiliki peluang sama rata. Siapa yang memberi fokus 100 peratus dalam 90 minit permainan, pasukan itu akan memenangi kejuaraan pada penghujung saingan nanti," katanya.

Dia yang mesra disapa Mat Yo oleh peminat tempatan, kini berada di Hanoi bagi menghadapi Vietnam dalam aksi persahabatan esok sebelum berkunjung ke Bangkok berdepan Thailand pada 7 November.

Pemain Paling Bernilai 2012 ini dijangka digandingkan bersama ayam tambatan Pelita Jaya, Safee Sali di bahagian serangan dalam usaha meloloskan diri ke peringkat separuh akhir.

Sumber SinarHarian