Advertisement

Responsive Advertisement

Anak nafi dakwaan bapa , ibu tinggal bersama Datuk


BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Seorang anak menafikan dakwaan bapanya yang mengatakan ibu mereka tinggal bersama seorang yang berpangkat Datuk sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Anak terbabit yang enggan namanya disiarkan memberitahu, ibunya kini berada di lokasi yang enggan didedahkan untuk tujuan keselamatan.

“Saya mahu menafikan kenyataan bapa saya berkaitan perkara itu. Saya juga enggan memberitahu di mana emak saya tinggal kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya.

Dia juga dalam pada itu menegaskan bapanya tidak sewajarnya membawa cerita peribadi kepada pihak akhbar justeru kesal dengan tindakan yang dilakukan itu.

“Hanya kami sahaja yang tahu perkara sebenar dan apa yang telah berlaku,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, Sinar Harian pada 11 September lalu menyiarkan kenyataan seorang suami yang merupakan peneroka Felda Jengka 12, Abdul Rahman Mandak, 67 yang mendakwa isterinya, Hazizah Yahya, 60, tinggal di Kuala Lumpur bersama seorang berpangkat Datuk.