Advertisement

Responsive Advertisement

Beg udara: Suzuki tarik balik model kereta


DETROIT - AMERIKA SYARIKAT. Suzuki menarik balik 193,936 model kereta dan SUV miliknya setelah mendapati beg udara di tempat duduk penumpang hadapan mengalami kerosakan.

Model Grand Vitara SUV tahun 2006 dan 2011 serta kereta SX4 dari tahun 2007 dan 2011 merupakan antara model kereta Suzuki yang terlibat.

Dipetik laporan Associate Press (AP), pembuat kereta Jepun itu, dalam satu kenyataan berkata, sehinggan kini tiada laporan kemalangan atau kecederaan akibat masalah tersebut.

Suzuki akan memaklumkan pemilik bermula bulan depan.

Sementara itu, Suzuki akan menggantikan beg udara tersebut secara percuma.