Advertisement

Responsive Advertisement

Nicole Kidman dilanggar basikal di karpet merah


PELAKON jelita, Nicole Kidman mengakui masih gementar selepas dilanggar basikal ketika melalui jalan pejalan kaki, semalam.

Ketika kejadian, Kidman sedang berjalan di atas karpet merah sempena majlis sambutan ulang tahun ke-10, Francisco Costa sebagai pengarah kreatif wanita daripada Calvin Klein Collection.

Sebelum itu, pelakon yang berusia 46 tahun itu sedang ditemuramah wartawan The Associated Press (AP) di luar hotel apabila secara tiba-tiba penunggang basikal berkenaan melanggarnya dan menyebabkan dia terjatuh.

Kidman menambah: "Saya OK. Selepas dilanggar, saya bangun dan berjalan setempat tetapi saya menggeletar."

Jabatan Polis New Yok kemudiannya telah menahan penunggang basikal yang berusia 19 tahun itu dan mengeluarkan tiga saman kepadanya termasuk menunggang basikal di kaki lima, menunggang tanpa topi keledar serta memandu melulu.