Advertisement

Responsive Advertisement

Polis, SKMM kerjasama siasat kes Guan Eng


GEORGETOWN - Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat kes ugutan bunuh terhadap Ketua  Menteri Lim Guan Eng menerusi laman Twitter.
   
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah merekodkan keterangan Lim dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
   
"Ketua Menteri telah buat laporan di Balai Polis Pulau Tikus malam tadi dan kita sedang jalankan siasatan. Perkembangan kes ini akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jelutong, di sini hari ini.
   
Semalam, seorang pengguna Twitter menggunakan nama MoonYue18 menulis '#DynastyLim#CEC#DAPig#@cmlimguaneng cheater! u mati minggu depan' di laman sosial berkenaan.
   
Lim dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata beliau percaya ugutan bunuh yang diterimanya mempunyai kaitan dengan isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sebelum ini. - Bernama