Advertisement

Responsive Advertisement

Penangan ATM, Pahang


Gol penalti Matias Conti dan Azamuddin Akil menjadi inspirasi kepada juara dua kali, Pahang apabila menumpaskan PKNS, 2-1 di Stadium Shah Alam dalam pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 seterusnya mara dengan agregat 5-3.

Penalti Conti m-28 dan Azamuddin m-59 memastikan kemaraan skuad Tok Gajah yang bakal bertemu Sarawak atau Sime Darby dalam aksi yang akan ditentukan malam ini di Kuching.

Perlawanan seimbang namun gol jaringan Conti merencatkan perjuangan pemain PKNS yang dikendalikan Abdul Rahman Ibrahim.

Bermula babak kedua, Pahang mengendurkan asakan dan peluang ini diambil PKNS bagi memburu gol namun keampuhan benteng Tok Gajah menyelamatkan keadaan.

Namun,  PKNS bolos lagi hasil salah faham antara pemain pertahan dan Remezey.

Berpunca sepakan gol Khairul yang melantun ke tanah dan Azamuddin melompat untuk gol kedua Pahang m-66.

PKNS enggan mengalah dan  Khairu Azrin berjaya merapatkan jurang gol dengan melepaskan sepakan cantik luar kotak penalti pada m-66.
Sementara itu, pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula, juara Liga Super 2013, Lions XII terpaksa akur kehebatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), apabila tewas 1-4 sekali gus membolehkan finalist musim lalu itu mara dengan agregat 4-2.

Marlon Alex James mencipta hatrik menerusi jaringan m-33, 75 dan 83 serta Hariss Harun terjaring gol sendiri pada m-22 manakala, pelawat mendapat gol tunggal m-42 hasil jaringan Hafiz.
The Gladiators bakal menentang pemenang perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini.