Advertisement

Responsive Advertisement

Kedah: Sarawak harap tuan laman sendiri


RAMALAN awal Juara Liga Super, Lions XII mara mudah ke kelompok lapan terbaik meleset malah kebangkitan Kedah pula mencuri perhatian peminat tanah air apabila menjinakkan Perak 1-0 di Stadium Perak, Selasa lalu.

Juara Liga Premier, Sarawak yang bercita-cita melakukan kejutan awal nyata perit sepanjang saingan peringkat kumpuan dan terbaru tumpas tipis 0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar.

Namun Bujang Senang tetap berada di tangga teratas Kumpulan D namun berkongsi tujuh mata dengan Lions XII dan Perak cuma dibezakan jaringan gol serta bolos manakala Kedah berada di tangga keempat dengan enam mata.

SALAH SENDIRI

Berada di tangga tercorot, Kedah mempunyai kelebihan sendiri apabila perlawanan terakhir malam ini dilangsungkan di laman keramat mereka, Stadium Darul Aman dengan bantuan sorakan lebih 35,000 penyokong setia untuk melakukan kejutan ke atas Lions XII.

Perak pula yang bermula cemerlang pada permulaan aksi kumpulan perlu menyalahkan diri sendiri kerana kurang konsisten serta kembali memotivasikan pasukan apabila berkunjung ke Kuching dalam usaha untuk menambah kelukaan Sarawak yang pastinya mahu bangkit mencari tiga mata penting.

TIADA PILIHAN

Namun, berbanding tiga pasukan lain, Kedah dilihat tiada pilihan lain melainkan muncul pemenang dan jika berjaya mengatasi Lions XII, keputusan di antara Sarawak dan Perak tidak akan menganggu peluang Kenari mara ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua perlawanan berkesudahan seri peluang itu hanya terbuka kepada Sarawak, Perak dan Lions XII sahaja.

KURANG LENA

Debaran di kalangan penyokong semakin terasa malah pengendali pasukan Robert Alberts, V Sundramoorthy, Mohd Azraai Khor Abdullah dan Datuk Ahmad Shafie merupakan antara individu yang pastinya tidak dapat tidur lena menunggu tirai perlawanan akhir malam ini yang pastinya akan memuktamadkan dua pasukan terbaik.