ROMPIN – Keluarga kepada ketiga-tiga remaja bermotosikal yang maut dilanggar lori di kilometer 120.5 Jalan Kuantan Segamat, awal pagi 13 September lalu telah melantik seorang peguam untuk mengkaji tindakan undang-undang kepada beberapa media.
Tindakan itu diambil disebabkan terdapat laporan beberapa media yang mengatakan mangsa terlibat dengan kegiatan lumba haram.
Peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, notis akan dihantar kepada beberapa media terbabit dalam masa terdekat ini.
“Kita akan hantar notis dalam masa terdekat terhadap beberapa media yang buat dakwaan palsu kononnya mangsa terlibat lumba haram.
“Sekarang ada saksi yang melihat sendiri kejadian dan telah tampil membuat laporan polis di IPD Rompin tentang kejadian sebenar bahawa lori terbabit yang menyebabkan kematian ketiga remaja tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Bagaimanapun, pihaknya sekarang sedang menunggu laporan penuh dan keputusan kes daripada Cawangan Trafik IPD Rompin yang sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987seperti mana yang dilaporkan.
Menurut Fadzli, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu lori terbabit yang sebelum ini telah menyerah diri di Balai Polis Muadzam Shah dan dibebaskan selepas siasatan ke atasnya selesai.
“Kita hanya lakukan prosedur biasa perundangan untuk mengambil tindakan undang-undang dan tuntut ganti rugi bagi pihak keluarga si mati.

“Dalam hal ini, Pas Kawa-san Rompin tanggung kesemua kos guaman dan kos perubatan mangsa di Hospital Muadzam Shah dan hospital pakar di Kuantan.