Advertisement

Responsive Advertisement

Chelsea atasi Bucharest 4-0



Chelsea kembali menghidupkan peluang dalam saingan Liga Juara-juara apabila membenam Steaua Bucharest 4-0 di  Arena Nasional awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Selepas kecundang pada perlawanan pembukaan Kumpulan E, anak buah Jose Mourinho bangkit dengan bergaya sekali gus mengembirakan peminat yang membanjiri stadium.

Dalam perlawanan itu, The Blues menguasai perlawanan apabila terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi Ramires.

Mereka menambah gol pada penghujung babak pertama apabila Daniel Georgievski menjaringkan gol sendiri sebelum Ramires dan Frank Lampard mengesahkan kemenangan Chelsea.


Berikut keputusan Liga Juara-juara yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia):


Arsenal 2 Napoli 0

Celtic 0 Barcelona 1

Borussia Dortmund 3 Marseille 0

Ajax Amsterdam 1 AC Milan 1

Porto 1 Atletico Madrid 2

Schalke 1 Basel 0

Steaua Bucharest 0 Chelsea 4